::. WEBLOG INI TELAH DIKEMASKINI PADA :

***10 JANUARI 2016 (AHAD) / JAM 03:58 PM ***


::. Penafian

ASSALAMUALAIKUM...

Jawatankuasa Masjid Tok Guru Manal 3 & juga Jawatankuasa Pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3 TIDAK PERNAH MELANTIK mana-mana pihak/individu/syarikat/blogger/NGO untuk membuat KUTIPAN DERMA /SUMBANGAN dari rumah ke rumah mahupun dikalangan orang ramai.

Sekiranya Tuan/Puan Muslimin Muslimat ingin menderma bagi mengisi "Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3", sila gunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan sahaja, tanpa melalui pihak ketiga.

Sekian, terima kasih.

::. KELEBIHAN MENDERMA - USTAZ AZHAR IDRUS ::

::. DERMA MELALUI CEK / MONEY ORDER / KIRIMAN WANG / WANG POS

Untuk PERDERMA yang menggunakan CEK/WANG POS/KIRIMAN WANG/MONEY ORDER, sila bayar kepada:

"TABUNG PEMBINAAN MASJID TOK GURU KG MANAL 3"


::. Maksud Hadith

"Sesiapa yang membina Masjid, maka Allah akan membina untuknya satu rumah di dalam Syurga"

- Hadith Sohih.



Saturday, January 9, 2016

:: STATUS PROJEK TERKINI SEHINGGA 10 JANUARI 2016 ::

 Kerja2 memasang tile/mosaic diruang legar hadapan
telah selesai sepenuhnya.

 Tiang-tiang juga telah dipasang tile/mosaic

 Panel pintu serta frame dari jenis kayu Cengal 
juga telah siap sepenuhnya. Cermin sahaja belum pasang.

 Frame dan Pintu panel kayu Cengal telah siap dipasang.

 Mimbar (ruangan Mehrab) telah siap.

 Partition untuk memisahkan Jemaah Muslimin dan Muslimah

 Pemasangan Siling Kapur dan kelengkapan (kipas siling
& lampu) juga telah siap sepenuhnya untuk tingkat bawah

 Pemasangan Kipas Dinding di tingkat bawah telah selesai

 Dewan Tertutup di tingkat atas (siap 50%)

 Beranda di Tingkat Atas

 Cadangan Maktabah (Perpustakaan Mini) di tingkat Atas.

 Kerja-kerja lepaan simen tingkat Atas

 Keadaan terkini tingkat Atas

 Keadaan terkini Foyer Masjid

Kubah dan Menara Masjid siap sepenuhnya

Tuesday, July 8, 2014

:: BOLEH BANTU MASJID TOK GURU (MTG) SEBARLUASKAN RAYUAN DERMA INI..?? ::

ASSALAMUALAIKUM.... Mungkin RAMAI antara kita yang TIDAK MAMPU untuk MENDERMA bagi mengisi TABUNG PEMBINAAN MASJID TOK GURU KG MANAL 3 INI..? Takpe, tiada masalah. Anda masih berpeluang menuai ganjaran pahala dgn menyebarluaskan page Rayuan Derma Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3 Kelantan ( http://www.facebook.com/masjidtokguru ) atau BANTU MASJID TOK GURU (MTG) MENYEBARLUASKAN RAYUAN DERMA PEMBINAAN INI dengan memuatnaik grafik RAYUAN DERMA di bawah ini di WALL FB MASING-MASING atau MANA-MANA PAGE/GROUP FB YANG ANDA JADI ADMIN dan minta rakan2 fb anda pakat2 LIKE PAGE RAYUAN DERMA INI. . Gunakan kreativiti masing2 utk menarik perhatian rakan2 fb anda. 

 ~TeRiMa KaSiH ~


:: FOTO TERKINI KEMAJUAN KERJA PEMBINAAN MASJID TOK GURU ::



Untuk MAKLUMAT LANJUT, sila lawati PAGE MTG :
http://www.facebook.com/masjidtokguru

Saturday, April 26, 2014

:: JUMLAH PERBELANJAAN YANG KAMI PERLU KELUARKAN SEBELUM@PADA 15 JUN 2014 ::

~ Kubah Utama ( 21' x 20' ) : RM 50,000
~ Frame Pintu Kayu Cengal Tingkat Bawah : RM 32,000
~ Mihrab/Tempat Khutbah Kayu Cengal : RM 25,000
~ Pagar Stainless Steel : RM 18,000.
>> Perlu dibayar kepada Pembekal sebelum atau pada 15 JUN 2014<<

SUMBANGAN DERMA DARIPADA TUAN/PUAN AMAT-AMAT DIPERLUKAN


Sekian, Dilaporkan ( 27 April 2014 )

:: KEMAJUAN KERJA SEHINGGA 27 APRIL 2014 (AHAD) ::


~ Kerangka Bumbung - Siap 100%
~ Pemasangan Atap Zink - 50 %
~ Kerja-kerja Plaster Tingkat Bawah - 90 %

:: KEDUDUKAN KEWANGAN SEHINGGA 27 APRIL 2014 ::
~ Maybank (553056010418): RM 106, 680.00
~ Bank Islam (03-054-01-002190-3): RM 22,258.08

Sekian, dilaporkan.

Tuesday, June 25, 2013

:: TERKINI..!!! LAPORAN KEMAJUAN KERJA PEMBINAAN MASJID TOK GURU (FASA 3) SEHINGGA 25 JUN 2013 ::

ALHAMDULILLAH... FASA 3 bagi Kerja-Kerja Pembinaan Masjid Tok Guru
Kg. Manal 3 dapat dijalankan sebagaimana yang dirancang.
Terima kasih atas derma tuan/puan.



Tuesday, March 19, 2013

JUMLAH DERMA TERKUMPUL SEHINGGA 20 MAC 2013 ADALAH..

ASSALAMUALAIKUM..

Jumlah derma yang terkumpul sehingga 21 MAC 2013 ialah sebanyak RM 289, 737.92.

:: Pecahan Jumlah Kutipan Mengikut Bank adalah sebagaimana berikut:-

BANK ISLAM - RM 180, 091.95
MAYBANK - RM 109, 645.97
JUMLAH YANG DIPERLUKAN UNTUK FASA INI:
RM 650, 000.00.

BERMAKNA KITA KEKURANGAN SEBANYAK RM 360, 262.08.

Monday, July 23, 2012

:: BAKI TERKINI SETAKAT 24 JULAI 2012 ::

.:: BANK ISLAM = RM 102, 373.28
.:: MAYBANK ISLAMIC = RM 45, 146.02

Terima Kasih kepada Penderma Sekalian.

Tuesday, July 3, 2012

:: LAGI RM 143, 896.30 BERJAYA DIKUMPULKAN.. PEMBINAAN MASJID AKAN DISAMBUNG SELEPAS RAYA..

ALHAMDULILLAH.. sehingga 03 Julai 2012, pihak Jawatankuasa Masjid Tok Guru Kg Manal 3 telah berjaya mengumpulkan lagi RM 143, 896.30 bagi mengisi Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru Kg Manal 3.


INSYA-ALLAH, jika tiada aral melintang termasuk keadaan cuaca mengizinkan pihak Jawatankuasa Masjid berhasrat menyambung semula kerja-kerja pembinaan FASA 2 & 3 yang tergendala hampir setahun ini selepas Hari Raya Idulfitri tahun ini.

Seperti yang semua telah sedia maklum, kos keseluruhan untuk FASA 2 & 3 adalah sebanyak RM 650,000.00. Ini bermakna kita kekurangan sekitar RM 506, 103.70 lagi. Diharap jumlah tersebut dapat diperolehi sebelum derma sediada habis digunakan. Semoga ALLAH permudahkan kerja-kerja pembinaan yang dirancang ini.

Akhir kalam, terima kasih kepada para penderma budiman sekalian.

Monday, October 17, 2011

MASIH PERLUKAN RM 541, 685.98...!!

ASSALAMUALAIKUM WBKT...

Untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan bagi FASA 2 & 3 yang dijangka menelan belanja RM650,000, kami masih lagi kekurangan dana sebanyak RM 541, 685.98. Buat masa ini, kerja-kerja pembinaan TEPAKSA DIHENTIKAN atas faktor cuaca dan juga dana.

Oleh itu, mohon kerjasama tuan/puan untuk menderma ke tabung masjid ini seikhlas mungkin. Moga diganjari pahala oleh ALLAH SWT.

Friday, September 16, 2011

::. SELAMAT HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 2011

AHLI JAWATANKUASA MASJID TOK GURU (MTG) MANAL 3, TANAH MERAH, KELANTAN mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA (16 SEPTEMBER) buat seluruh Rakyat Malaysia, khususnya para penderma budiman sekalian. Semoga Allah melipatgandakan lagi ganjaran pahala kepada kita sekalian. amin.

Saturday, September 10, 2011

:: Rayuan Derma Masjid Tok Guru@Malaysiakini mulai esok.

INSYA-ALLAH, iklan Rayuan Derma bagi meneruskan kerja-kerja Pembinaan Masjid Tok Guru Kg Manal 3, Tanah Merah, Kelantan akan mula disiarkan di ruangan iklan MALAYSIAKINI mulai esok. Harap Maklum. !!!

Sunday, September 4, 2011

RAYUAN DERMA MASJID TOK GURU@MALAYSIAKINI & HARAKAHDAILY

InsyaALLAH, jika tiada aral melintang pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3 akan mengiklankan RAYUAN KUTIPAN DERMA bagi meneruskan kerja2 Pembinaan Masjid Tok Guru di ruangan iklan MALAYSIAKINI dan HARAKAHDAILY... nantikan kemunculannya. TQ

Saturday, September 3, 2011

:: HATI-HATI MEMANDU

Assalamualaikum...

Sehari dua ni keadaan jalan kembali sesak. Warga Kota mula bertolak pulang. J/Kuasa Masjid Tok Guru mendoakan keselamatan semua anak rantau dalam perjalanan. Hati-hati memandu, patuhi arahan2 lalulintas dan pihak berkuasa. Jika tuan/puan mengantuk, berhenti sementara di tempat2 yg dibenarkan untuk berehat. SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI 1432 H.

Monday, August 8, 2011

STATUS TERKINI PEMBINAAN MASJID: foto bertarikh 8 Ogos 2011

Kerja-kerja pembinaan slab tingkat 1 telah selesai


Keadaan dalam masjid ( tingkat bawah) - telah
digunakan untuk solat Tarawih.


Salah satu bahagian hadapan masjid



kerja-kerja struktur asas tingkat bawah telah selesai




Satu lagi pemandangan sisi masjid

Sunday, August 7, 2011

::. DERMA PEMBINAAN DIPERLUKAN

ASSALAMAUALAIKUM WBKT...

Keadaan kewangan agak meruncing, derma amat diperlukan untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan selepas Hari Raya Idulfitri 1432 H.

Mohon jasa baik penderma budiman sempena bulan baik ini untuk menghulurkan derma ikhlas ke akaun-akaun tabung pembinaan masjid ini.


Saturday, August 28, 2010

Ribuan Terima Kasih Penderma Budiman...

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah, berkat Cahaya Ramadhan dan semangat serta roh Ramadhan, kutipan derma bagi mengisi TABUNG PEMBINAAN MASJID TOK GURU MANAL 3 semakin menunjukkan peningkatan. Walau bagaimanapun, pihak kami masih mengharapkan bantuan derma tuan/puan Muslimin dan Muslimah sekelian bagi melicinkan lagi proses pembinaan Masjid ini.

Semoga usaha gigih tuan/puan dan derma yang disalurkan mendapat barakah dan rahmat serta kedudukan yang mulia di sisi Allah dan dikira sebagai ibadat dibulan yg penuh berkat ini.

Terima Kasih.

JAWATANKUASA MASJID TOK GURU
KG MANAL 3, TANAH MERAH,
KELANTAN.