::. WEBLOG INI TELAH DIKEMASKINI PADA :

***10 JANUARI 2016 (AHAD) / JAM 03:58 PM ***


::. Penafian

ASSALAMUALAIKUM...

Jawatankuasa Masjid Tok Guru Manal 3 & juga Jawatankuasa Pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3 TIDAK PERNAH MELANTIK mana-mana pihak/individu/syarikat/blogger/NGO untuk membuat KUTIPAN DERMA /SUMBANGAN dari rumah ke rumah mahupun dikalangan orang ramai.

Sekiranya Tuan/Puan Muslimin Muslimat ingin menderma bagi mengisi "Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3", sila gunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan sahaja, tanpa melalui pihak ketiga.

Sekian, terima kasih.

::. KELEBIHAN MENDERMA - USTAZ AZHAR IDRUS ::

::. DERMA MELALUI CEK / MONEY ORDER / KIRIMAN WANG / WANG POS

Untuk PERDERMA yang menggunakan CEK/WANG POS/KIRIMAN WANG/MONEY ORDER, sila bayar kepada:

"TABUNG PEMBINAAN MASJID TOK GURU KG MANAL 3"


::. Maksud Hadith

"Sesiapa yang membina Masjid, maka Allah akan membina untuknya satu rumah di dalam Syurga"

- Hadith Sohih.



Friday, July 24, 2009

PROJEK PEMBINAAN MASJID TOK GURU

ASSALAMUALAIKUM W.B.K.T


ADALAH DENGAN SEGALA HORMATNYA
JAWATANKUASA PEMBINAAN MASJID TOK GURU MANAL 3
MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN


KONTRAKTOR-KONTRAKTOR MUSLIM
YANG BERWIBAWA


UNTUK MENDAPATKAN PROJEK
PEMBINAAN FASA II MASJID TOK GURU MANAL 3
BUTIRAN ADALAH SEBAGAIMANA BERIKUT:


1. KELAS KONTRAKTOR : E ATAU F
2. PENGALAMAN : SEKURANG-KURANGNYA 5 TAHUN
3. BIDANG KERJA : MEMBINA DAN MENYIAPKAN KERANGKA UTAMA (SUPER STRUCTURE) SERTA SLAB UNTUK FIRST LEVEL.

4. LAWATAN TAPAK : 3 OGOS 2009

Thursday, June 4, 2009

Kaedah KUTIPAN DERMA akan dipelbagaikan.

Mesyuarat Bil 1/2009 Jawatankuasa Masjid Tok Guru Manal 3 telah mengambil beberapa ketetapan berhubung kaedah-kaedah kutipan derma iaitu:-



1. Kutipan Derma secara SMS (akan diperkenalkan dalam masa terdekat)
2. Akan dibuka akaun di Maybank dan CIMB sebagaimana permintaan penderma budiman.
3. Penjualan petak-petak ruang lantai untuk tujuan wakaf.
4. Menerima derma berbentuk bahan binaan.

Saturday, May 30, 2009

LAGI RM120 RIBU DIPERLUKAN UNTUK FASA 1

Assalamualaikum para penderma yang budiman..
Bagi meneruskan pembinaan FASA 1, kami masih memerlukan RM120,000.00 dari derma anda semua. Jumlah terkumpul setakat ini untuk FASA 1 ialah RM130,000.00. Semoga Allah memberkati setiap derma dan kerja buat kita dalam pembinaan masjid ini.

PENGUMUMAN: Kerja pembinaan akan disambung semula

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua penderma..

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembinaan fasa 1 akan disambung semula InsyaALLAH 27 Rajab 1430H bersamaan 20 Julai 2009. Kepada yang ingin menderma boleh berbuat demikian dengan kadar segera. Terima Kasih.

Saturday, May 2, 2009

PENGUMUMAN: Proses Pembinaan Berhenti Buat Sementara Waktu

ASSALAMUALAIKUM wbkt.

Sekalung tahniah dan terima kasih kepada para penderma dan pengunjung blog ini sekalian. Untuk makluman tuan/puan, proses pembinaan masjid ini diberhentikan buat sementara waktu sehingga jumlah kutipan mencecah RM200,000.00. Jumlah terkini yang berjaya dikumpul ialah RM130,000.00 ( setakat 2 Mei 2009 ).

Derma anda amat dialu-alukan. Terima Kasih.

Thursday, February 12, 2009

Jawatankuasa Masjid Tok Guru disusun semula

Jawatankuasa Masjid Tok Guru Manal 3, Tanah Merah, Kelantan dalam proses penyusunan semula organisasinya ekoran pulangnya ke rahmatullah Pengerusi Jawatankuasa. Oleh yang demikian, pembinaan masjid ini ditangguhkan buat sementara waktu memandangkan derma-derma yang disalurkan oleh tuan/puan tidak dapat dikeluarkan dari bank. Masalah ini akan diatasi secepat mungkin, dan pembinaan akan dijalankan semula dalam masa terdekat.

Harap maaf di atas segala kesulitan yang timbul.

Tuesday, September 9, 2008

Nantikan kemunculannya...

Rayuan derma bagi mengisi TABUNG PEMBINAAN MASJID TOK GURU MANAL 3, Tanah Merah, Kelantan akan disiarkan dalam Harakah keluaran terdekat. Jangan lepaskan peluang untuk membacanya... mendermalah ke Jalan Allah.