::. WEBLOG INI TELAH DIKEMASKINI PADA :

***10 JANUARI 2016 (AHAD) / JAM 03:58 PM ***


::. Penafian

ASSALAMUALAIKUM...

Jawatankuasa Masjid Tok Guru Manal 3 & juga Jawatankuasa Pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3 TIDAK PERNAH MELANTIK mana-mana pihak/individu/syarikat/blogger/NGO untuk membuat KUTIPAN DERMA /SUMBANGAN dari rumah ke rumah mahupun dikalangan orang ramai.

Sekiranya Tuan/Puan Muslimin Muslimat ingin menderma bagi mengisi "Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3", sila gunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan sahaja, tanpa melalui pihak ketiga.

Sekian, terima kasih.

::. KELEBIHAN MENDERMA - USTAZ AZHAR IDRUS ::

::. DERMA MELALUI CEK / MONEY ORDER / KIRIMAN WANG / WANG POS

Untuk PERDERMA yang menggunakan CEK/WANG POS/KIRIMAN WANG/MONEY ORDER, sila bayar kepada:

"TABUNG PEMBINAAN MASJID TOK GURU KG MANAL 3"


::. Maksud Hadith

"Sesiapa yang membina Masjid, maka Allah akan membina untuknya satu rumah di dalam Syurga"

- Hadith Sohih.



Saturday, May 15, 2010

Mohon 'copy & paste' rayuan derma kami di facebook, twitter, blog, laman web anda!!!

mula disini >>>>Salam Ukhuwwah...

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3 yang tergendala hampir 2 tahun telah disambung semula. Kami memerlukan sumbangan derma ikhlas daripada tuan/puan agar kerja-kerja pembinaan ini tidak tergendala. Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

http://masjidtokguru.blogspot.com <<<<<< hingga disini

Friday, May 7, 2010

GAMBAR TERKINI STATUS PEMBINAAN MASJID TOK GURU - 4 MEI 2010

tiang-tiang tingkat bawah

lantai bawah

pemasangan formwork utk tiang tingkat bawah.



Tuesday, April 6, 2010

KERJA-KERJA PEMBINAAN MASJID TOK GURU MANAL 3 DISAMBUNG SEMULA.

ALHAMDULILLAH, selepas tergendala hampir 2 tahun lebih akibat mengalami masalah kewangan dan dana, kini kerja-kerja pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3, Tanah Merah, Kelantan telah disambung semula pada 1 April 2010 lepas.
Sehingga hari ini, kerja-kerja untuk menyiapkan lantai tingkat bawah sedang giat dijalankan.
Pihak webmaster akan menyiarkan gambar terkini dalam masa terdekat. tq.

Wednesday, September 23, 2009

PENAFIAN: Jawatankuasa Masjid Tok Guru Manal 3 TIDAK PERNAH melantik PEMUNGUT DERMA

ASSALAMUALAIKUM...

Diumumkan kepada Muslimin Muslimat Para Penderma Budiman Sekalian,

Jawatankuasa Masjid Tok Guru Manal 3 TIDAK PERNAH melantik mana-mana INDIVIDU/PERTUBUHAN/BLOGGER/NGO sebagai AGEN PEMUNGUT DERMA bagi mengisi Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3.

Jawatankuasa Masjid ini telah menerima beberapa aduan bahawa wujudkan kerja-kerja memungut derma oleh beberapa orang Individu di Sekitar Bandar Machang, Kelantan dan juga Bandar Baru Bangi yang kononnya dilantik oleh Jawatankuasa Masjid ini.

Jawatankuasa Masjid MENAFIKAN SEKERAS-KERASNYA dakwaan ini, dan menasihatkan kepada mana-mana individu yang ingin menderma agar menyalurkan terus derma anda ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad sebagaimana yang tertera, tanpa melalui pihak ketiga.


Sekian.

Tuesday, September 15, 2009

Pungutan Derma TERKINI RM 157,600.16, masih perlukan RM 142,399.84

Jumlah Pungutan Derma 'Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3' sehingga 16 September 2009 adalah sebanyak RM 157,600.16. Kami masih memerlukan RM 142,399.84 lagi untuk menyambung kerja-kerja pembinaan bagi FASA 1.

Kepada para penderma budiman, derma anda amat dialu-alukan. Untuk menderma, anda boleh salurkan ke 'Tetuan Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3' ( No Akaun Bank Islam: 03-054-01-002190-3) atau disalurkan melalui Money Order / Cek / Wang Pos atas nama:

Tetuan Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3,
No. 38, Lorong 2, Manal 3,
17500 Tanah Merah,
Kelantan.

Kami ucapkan jutaan terima kasih di atas derma tuan/puan. Hanya Allah saja yang mampu membalasnya.

Sunday, September 13, 2009

Gunakan kesempatan 10 hari terakhir Ramadhan untuk memperbanyakkan sedekah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ramadhan 1430 Hijrah berbaki beberapa hari saja lagi. Kini kita berada di 10 hari terakhir Ramadhan, dan ambang Syawal.

Gunakan sepenuhnya kesempatan fasa 10 hari terakhir untuk Ramadhan tahun ini bagi melipat gandakan kebajikan dan derma atau sedekah.

Jawatankuasa Masjid Tok Guru Kg Manal 3 amat mengalu-alukan dan mengharapkan sumbangan derma daripada muslimin dan muslimat sekalian bagi meneruskan kerja-kerja pembinaan yang dijadualkan akan disambung semula selepas Idulfitri nanti.

Semoga segala kerja buat dan usaha kita ini mendapat Rahmat dan Barakah dari Allah S.W.T. Ingatlah maksud hadith sohih: Sesiapa yang membina Masjid, maka Allah akan membina untuknya satu rumah didalam Syurga.