Mesyuarat Bil 1/2009 Jawatankuasa Masjid Tok Guru Manal 3 telah mengambil beberapa ketetapan berhubung kaedah-kaedah kutipan derma iaitu:-
1. Kutipan Derma secara SMS (akan diperkenalkan dalam masa terdekat)
2. Akan dibuka akaun di Maybank dan CIMB sebagaimana permintaan penderma budiman.
3. Penjualan petak-petak ruang lantai untuk tujuan wakaf.
4. Menerima derma berbentuk bahan binaan.
::. KELEBIHAN MENDERMA - USTAZ AZHAR IDRUS ::
::. DERMA MELALUI CEK / MONEY ORDER / KIRIMAN WANG / WANG POS
Untuk PERDERMA yang menggunakan CEK/WANG POS/KIRIMAN WANG/MONEY ORDER, sila bayar kepada:
"TABUNG PEMBINAAN MASJID TOK GURU KG MANAL 3"
"TABUNG PEMBINAAN MASJID TOK GURU KG MANAL 3"
::. Maksud Hadith
"Sesiapa yang membina Masjid, maka Allah akan membina untuknya satu rumah di dalam Syurga"
- Hadith Sohih.
- Hadith Sohih.
Thursday, June 4, 2009
Saturday, May 30, 2009
LAGI RM120 RIBU DIPERLUKAN UNTUK FASA 1
Assalamualaikum para penderma yang budiman..
Bagi meneruskan pembinaan FASA 1, kami masih memerlukan RM120,000.00 dari derma anda semua. Jumlah terkumpul setakat ini untuk FASA 1 ialah RM130,000.00. Semoga Allah memberkati setiap derma dan kerja buat kita dalam pembinaan masjid ini.
PENGUMUMAN: Kerja pembinaan akan disambung semula
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua penderma..
Dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembinaan fasa 1 akan disambung semula InsyaALLAH 27 Rajab 1430H bersamaan 20 Julai 2009. Kepada yang ingin menderma boleh berbuat demikian dengan kadar segera. Terima Kasih.

Saturday, May 2, 2009
PENGUMUMAN: Proses Pembinaan Berhenti Buat Sementara Waktu
ASSALAMUALAIKUM wbkt.
Sekalung tahniah dan terima kasih kepada para penderma dan pengunjung blog ini sekalian. Untuk makluman tuan/puan, proses pembinaan masjid ini diberhentikan buat sementara waktu sehingga jumlah kutipan mencecah RM200,000.00. Jumlah terkini yang berjaya dikumpul ialah RM130,000.00 ( setakat 2 Mei 2009 ).
Derma anda amat dialu-alukan. Terima Kasih.

Thursday, February 12, 2009
Jawatankuasa Masjid Tok Guru disusun semula
Jawatankuasa Masjid Tok Guru Manal 3, Tanah Merah, Kelantan dalam proses penyusunan semula organisasinya ekoran pulangnya ke rahmatullah Pengerusi Jawatankuasa. Oleh yang demikian, pembinaan masjid ini ditangguhkan buat sementara waktu memandangkan derma-derma yang disalurkan oleh tuan/puan tidak dapat dikeluarkan dari bank. Masalah ini akan diatasi secepat mungkin, dan pembinaan akan dijalankan semula dalam masa terdekat.
Harap maaf di atas segala kesulitan yang timbul.
Harap maaf di atas segala kesulitan yang timbul.
Tuesday, September 9, 2008
Nantikan kemunculannya...
Rayuan derma bagi mengisi TABUNG PEMBINAAN MASJID TOK GURU MANAL 3, Tanah Merah, Kelantan akan disiarkan dalam Harakah keluaran terdekat. Jangan lepaskan peluang untuk membacanya... mendermalah ke Jalan Allah.
Monday, August 11, 2008
Sekitar Majlis Pecah Tanah Oleh YAB Tok Guru MB Kelantan pada 4 Oktober 2007.
Ketibaan YAB Tok Guru MB Kelantan
disambut mesra penduduk Kg Manal 3, Tanah Merah.
YB ADUN Bukit Panau bersama YAB Tok Guru MB Kelantan
Solat Hajat Sempena Majlis Pecah Tanah diimami
YAB Tok Guru MB Kelantan.
Upacara pecah tanah sebagai gimik perasmian.
Penyerahan derma terus kepada YAB Tok Guru MB Kelantan.Pengerusi & Seluruh Jawatankuasa Masjid Tok Guru Manal 3 amat mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan dan derma dari semua umat Islam yang pemurah dan diberkati Allah. Semoga usaha kita membina Rumah Allah ini membolehkan Allah juga 'membina rumah' untuk kita diakhirat kelak. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)