::. WEBLOG INI TELAH DIKEMASKINI PADA :

***10 JANUARI 2016 (AHAD) / JAM 03:58 PM ***


::. Penafian

ASSALAMUALAIKUM...

Jawatankuasa Masjid Tok Guru Manal 3 & juga Jawatankuasa Pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3 TIDAK PERNAH MELANTIK mana-mana pihak/individu/syarikat/blogger/NGO untuk membuat KUTIPAN DERMA /SUMBANGAN dari rumah ke rumah mahupun dikalangan orang ramai.

Sekiranya Tuan/Puan Muslimin Muslimat ingin menderma bagi mengisi "Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3", sila gunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan sahaja, tanpa melalui pihak ketiga.

Sekian, terima kasih.

::. KELEBIHAN MENDERMA - USTAZ AZHAR IDRUS ::

::. DERMA MELALUI CEK / MONEY ORDER / KIRIMAN WANG / WANG POS

Untuk PERDERMA yang menggunakan CEK/WANG POS/KIRIMAN WANG/MONEY ORDER, sila bayar kepada:

"TABUNG PEMBINAAN MASJID TOK GURU KG MANAL 3"


::. Maksud Hadith

"Sesiapa yang membina Masjid, maka Allah akan membina untuknya satu rumah di dalam Syurga"

- Hadith Sohih.



Friday, September 11, 2009

::. BANTU IKLANKAN RAYUAN DERMA MASJID TOK GURU..

Assalamualaikum...

JOM REBUT PAHALA. Tuan / Puan dijemput untuk turut sama membantu kami mengiklan Rayuan Derma bagi mengisi "Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3".

Caranya mudah saja, sila Copy & Paste' kan iklan dibawah ke blog-blog/email/cbox/ruang sembang....

Mula copy dibawah ini..

Salam Ukhuwwah...

Kami memerlukan DERMA ANDA untuk mengisi “TABUNG PEMBINAAN MASJID TOK GURU MANAL 3″. Untuk keterangan lanjut, sila lawati: http://masjidtokguru.blogspot.com/

(Sila sebarkan kepada rakan-rakan anda)

Terima kasih. <<<>

Iklan Rayuan Derma DISIARKAN DALAM HARAKAH

Assalamualaikum..


Jawatankuasa Masjid telah mengiklankan Rayuan Derma bagi mengisi "Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3" dalam setiap keluaran Harakah dari minggu lepas sehingga pertengahan Syawal. Harap para penderma maklum.

Disebabkan timbul beberapa perkara berbangkit, khususnya kesahihan pembinaan Masjid Tok Guru ini oleh sesetengah pihak, diharap pihak tuan dapat menghubungi Bahagian Perancangan & Bangunan, Majlis Daerah Tanah Merah, Kelantan ( http://.mdtanahmerah.gov.my/ ) dan juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan (merangkap ADUN Bukit Panau), YB Abdul Fattah Mahmood untuk pengesahan dan semakan.

Wednesday, September 9, 2009

RM136,500.63... masih perlukan RM163,499.37

Baki sehingga 08 September 2009 bagi akaun "Tetuan Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru" ialah:

BANK ISLAM Cawangan Tanah Merah, Kelantan
(No. Akaun: 03-054-01-002190-3 )

RM 136,500.63

Kami masih memerlukan RM163,499.37 untuk KOS PEMBINAAN FASA 1.

Monday, September 7, 2009

Aduan melalui SMS tentang Masjid Tok Guru Manal 3

Assalamualaikum...

Kami, Jawatankuasa Masjid Tok Guru Manal 3 memerlukan respon daripada pihak anda mengenai kutipan derma untuk pembinaan Masjid ini.

Sebarang aduan/komen/idea/pendapat mengenai pembinaan Masjid ini boleh di SMS kan ke:

013 991 9083 / 013 920 1312 ( Zaliman )

Sekian, terima kasih.

Tuesday, September 1, 2009

Rayuan Derma Masjid Tok Guru Manal 3 akan disiarkan dalam Harakah

Jawatankuasa Masjid Tok Guru Manal 3 akan mengiklankan Rayuan Derma Pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3 dalam masa terdekat. Mohon kerjasama tuan/puan untuk panjangkan perkara ini kepada rakan taulan.

Kami amat-amat memerlukan derma dari tuan/puan untuk meneruskan kerja-kerja Fasa 1 yang dijangka bermula selepas Hari Raya nanti.

Sekian.

Gambar Terkini: 1 September 2009

Binaan sementara yang digunakan sebagai Surau untuk solat.


Keadaan semasa 'Ground Beam'


Kelihatan besi untuk tiang tingkat satu.


Sebelum ini Jawatankuasa Masjid bercadang untuk meneruskan pembinaan pada 20 Julai 2009, namun atas permintaan orang kampung yang ingin menggunakan binaan sementara untuk dijadikan surau bagi Solat Tarawikh dan Solat Sunat Idul Fitri pada 1 Syawal nanti,
maka pihak Jawatankuasa terpaksa menunda tarikh pembinaan selepas Hari Raya.

Tarikh yang tepat akan diberitahu kelak.
Derma daripada tuan/puan amatlah diperlukan untuk menyiapkan Fasa 1.


Friday, July 24, 2009

PROJEK PEMBINAAN MASJID TOK GURU

ASSALAMUALAIKUM W.B.K.T


ADALAH DENGAN SEGALA HORMATNYA
JAWATANKUASA PEMBINAAN MASJID TOK GURU MANAL 3
MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN


KONTRAKTOR-KONTRAKTOR MUSLIM
YANG BERWIBAWA


UNTUK MENDAPATKAN PROJEK
PEMBINAAN FASA II MASJID TOK GURU MANAL 3
BUTIRAN ADALAH SEBAGAIMANA BERIKUT:


1. KELAS KONTRAKTOR : E ATAU F
2. PENGALAMAN : SEKURANG-KURANGNYA 5 TAHUN
3. BIDANG KERJA : MEMBINA DAN MENYIAPKAN KERANGKA UTAMA (SUPER STRUCTURE) SERTA SLAB UNTUK FIRST LEVEL.

4. LAWATAN TAPAK : 3 OGOS 2009