::. WEBLOG INI TELAH DIKEMASKINI PADA :

***10 JANUARI 2016 (AHAD) / JAM 03:58 PM ***


::. Penafian

ASSALAMUALAIKUM...

Jawatankuasa Masjid Tok Guru Manal 3 & juga Jawatankuasa Pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3 TIDAK PERNAH MELANTIK mana-mana pihak/individu/syarikat/blogger/NGO untuk membuat KUTIPAN DERMA /SUMBANGAN dari rumah ke rumah mahupun dikalangan orang ramai.

Sekiranya Tuan/Puan Muslimin Muslimat ingin menderma bagi mengisi "Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3", sila gunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan sahaja, tanpa melalui pihak ketiga.

Sekian, terima kasih.

::. KELEBIHAN MENDERMA - USTAZ AZHAR IDRUS ::

::. DERMA MELALUI CEK / MONEY ORDER / KIRIMAN WANG / WANG POS

Untuk PERDERMA yang menggunakan CEK/WANG POS/KIRIMAN WANG/MONEY ORDER, sila bayar kepada:

"TABUNG PEMBINAAN MASJID TOK GURU KG MANAL 3"


::. Maksud Hadith

"Sesiapa yang membina Masjid, maka Allah akan membina untuknya satu rumah di dalam Syurga"

- Hadith Sohih.



Friday, September 16, 2011

::. SELAMAT HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 2011

AHLI JAWATANKUASA MASJID TOK GURU (MTG) MANAL 3, TANAH MERAH, KELANTAN mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA (16 SEPTEMBER) buat seluruh Rakyat Malaysia, khususnya para penderma budiman sekalian. Semoga Allah melipatgandakan lagi ganjaran pahala kepada kita sekalian. amin.

Saturday, September 10, 2011

:: Rayuan Derma Masjid Tok Guru@Malaysiakini mulai esok.

INSYA-ALLAH, iklan Rayuan Derma bagi meneruskan kerja-kerja Pembinaan Masjid Tok Guru Kg Manal 3, Tanah Merah, Kelantan akan mula disiarkan di ruangan iklan MALAYSIAKINI mulai esok. Harap Maklum. !!!

Sunday, September 4, 2011

RAYUAN DERMA MASJID TOK GURU@MALAYSIAKINI & HARAKAHDAILY

InsyaALLAH, jika tiada aral melintang pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3 akan mengiklankan RAYUAN KUTIPAN DERMA bagi meneruskan kerja2 Pembinaan Masjid Tok Guru di ruangan iklan MALAYSIAKINI dan HARAKAHDAILY... nantikan kemunculannya. TQ

Saturday, September 3, 2011

:: HATI-HATI MEMANDU

Assalamualaikum...

Sehari dua ni keadaan jalan kembali sesak. Warga Kota mula bertolak pulang. J/Kuasa Masjid Tok Guru mendoakan keselamatan semua anak rantau dalam perjalanan. Hati-hati memandu, patuhi arahan2 lalulintas dan pihak berkuasa. Jika tuan/puan mengantuk, berhenti sementara di tempat2 yg dibenarkan untuk berehat. SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI 1432 H.