::. WEBLOG INI TELAH DIKEMASKINI PADA :

***10 JANUARI 2016 (AHAD) / JAM 03:58 PM ***


::. Penafian

ASSALAMUALAIKUM...

Jawatankuasa Masjid Tok Guru Manal 3 & juga Jawatankuasa Pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3 TIDAK PERNAH MELANTIK mana-mana pihak/individu/syarikat/blogger/NGO untuk membuat KUTIPAN DERMA /SUMBANGAN dari rumah ke rumah mahupun dikalangan orang ramai.

Sekiranya Tuan/Puan Muslimin Muslimat ingin menderma bagi mengisi "Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3", sila gunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan sahaja, tanpa melalui pihak ketiga.

Sekian, terima kasih.

::. KELEBIHAN MENDERMA - USTAZ AZHAR IDRUS ::

::. DERMA MELALUI CEK / MONEY ORDER / KIRIMAN WANG / WANG POS

Untuk PERDERMA yang menggunakan CEK/WANG POS/KIRIMAN WANG/MONEY ORDER, sila bayar kepada:

"TABUNG PEMBINAAN MASJID TOK GURU KG MANAL 3"


::. Maksud Hadith

"Sesiapa yang membina Masjid, maka Allah akan membina untuknya satu rumah di dalam Syurga"

- Hadith Sohih.



Monday, July 23, 2012

:: BAKI TERKINI SETAKAT 24 JULAI 2012 ::

.:: BANK ISLAM = RM 102, 373.28
.:: MAYBANK ISLAMIC = RM 45, 146.02

Terima Kasih kepada Penderma Sekalian.

Tuesday, July 3, 2012

:: LAGI RM 143, 896.30 BERJAYA DIKUMPULKAN.. PEMBINAAN MASJID AKAN DISAMBUNG SELEPAS RAYA..

ALHAMDULILLAH.. sehingga 03 Julai 2012, pihak Jawatankuasa Masjid Tok Guru Kg Manal 3 telah berjaya mengumpulkan lagi RM 143, 896.30 bagi mengisi Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru Kg Manal 3.


INSYA-ALLAH, jika tiada aral melintang termasuk keadaan cuaca mengizinkan pihak Jawatankuasa Masjid berhasrat menyambung semula kerja-kerja pembinaan FASA 2 & 3 yang tergendala hampir setahun ini selepas Hari Raya Idulfitri tahun ini.

Seperti yang semua telah sedia maklum, kos keseluruhan untuk FASA 2 & 3 adalah sebanyak RM 650,000.00. Ini bermakna kita kekurangan sekitar RM 506, 103.70 lagi. Diharap jumlah tersebut dapat diperolehi sebelum derma sediada habis digunakan. Semoga ALLAH permudahkan kerja-kerja pembinaan yang dirancang ini.

Akhir kalam, terima kasih kepada para penderma budiman sekalian.